Pendaftaran keahlian tahunan boleh dibuat mulai sekarang. Surat siaran JPPNS dan Borang Excel boleh dimuat-turun di pautan di bawah.
Semua borang hendaklah dimuat-naik menggunakan borang serahan online. Hanya akaun Gmail sahaja boleh memuat-naik dokumen yang diperlukan.
Bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan tuan/puan mengikut langkah berikut :
- Muat-turun borang pendaftaran PPM1(A) (format Excel 97-2003)
- Buka borang menggunakan Microsoft Excel dan bukan Google Sheet
- Lengkapkan butiran yang diperlukan
- Bayaran pendaftaran dari sekolah / kumpulan hendaklah dibuat melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
- Buka pautan untuk muat-naik dokumen pendaftaran. Pastikan tuan/puan membuka pautan tersebut menggunakan akaun Gmail SAHAJA.
- Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan
- Muat-naik dokumen seperti berikut mengikut format nama seperti berikut :
- Borang Excel PPM1(A) - PPM1(A)2020-Daerah-Sek-NoKump.* (xls,xslx)
- Borang Excel PPM1(A) yang telah ditandatangan - PPM1(B)2020-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
- Bukti pembayaran - Bayaran-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
Fasa pertama pendaftaran Tahun 2020 akan ditutup pada 28 Februari 2020.
Sebarang pertanyaa atau maklumat lanjut, sila hubungi Pesuruhjaya Daerah, Puan Nordiana Zulkifli ditalian 013-321 1904 ataupun Penolong Pesuruhjaya Daerah (Unit Pentadbiran) Puan Nurul Aida Binti Ali ditalian 019-511 2606.
Sekian, harap maklum.