Tarikh : 3 September 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 tengahari
Lokasi : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Seremban Negeri Sembilan
Kehadiran : 26 Pengakap Remaja, 1 Pengakap Kelana, 2 Pemimpin/Penolong Pemimpin & 2 Penolong Pesuruhjaya Daerah
No. Ruj : PPDS.600-3/1/3 (49) bertarikh 26 Ogos 2022
Seramai
26 ahli Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur telah menyertai
Kursus Asas Pertolongan Cemas & Khidmat Masyarakat bagi memenuhi
syarat wajib lulus Lencana Perkhidmatan yang terdapat di dalam Skim
Latihan Pengakap Remaja bertempat di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,
KM 5 Jalan Labu, Seremban Negeri Sembilan.
01. 06 SMK KGV (01)
02. 01 SMK BUKIT MEWAH (03)
03. 07 SMK METHODIST ACS (05)
04. 02 SM TEKNIK TUANKU JAAFAR (06)
05. 02 SMK SENAWANG (10)
06. 06 SMK DATO SHAMSUDIN NAIN (11)
07. 01 SMK TMN TUANKU JAAFAR (49)
08. 01 SMK WARISAN PUTERI (69)
JUMLAH : 26 PESERTA
Pendaftaran
telah bermula pada jam 8.30 pagi. Selepas itu, penerangam ringkas dari
Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Remaja PPM
Daerah Seremban Timur, Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab. Antara
lain, beliau menerangkan perjalanan program pada hari ini.
Selepas
itu, ahli-ahli telah dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi memudah
penerangan dan pembelajaran. Jurulatih jemputan dari Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia, Sarjan Azlina & Sarjan Nasriq telah sudi berkongsi
pengetahuan dan pengalaman mereka di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan seperti kaedah Bantuan Pernafasan (Cardio Pulmonary
Resuscitation - CPR) dan kaedah-kaedah balutan untuk kecederaan yang
berbeza-beza.
Ahli-ahli
yang hadir turut membuat latihan praktikal CPR menggunakan patung agar
mereka dapat merasai pengalaman memberi bantuan awal sesama kecemasan.
Ahli-ahli juga kelihatan amat teruja apabila berpeluang untuk merawat 10
jenis kecederaan dengan kaedah penggunaan anduh yang berbeza.
Program
berhenti sekitar jam 11.00 pagi untuk makan tengahari sebelum
bersambung 30 minit kemudian untuk program gotong-royong membersihkan
kawasan Angkatan Pertahanan Awam Cawangan Seremban, Negeri Sembilan.
Antara tugasan yang diberi adalah membersihkan dahan-dahan pokok yang
bertaburan serta membersihkan pangkal pokok yang telah ditebang.
Sebelum
bersurai sekitar jam 1.30 tengahari, Tuan Abdul Aziz telah mengucapkan
terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta kepada pemimpin/penolong
pemimpin, Tuan Shahrulnizam Bin Abdul Rahim (SMK Dato Shamsudin Nain)
dan Puan Zetty Binti Abdul Kudus (SMK King George V) serta Penolong
Pesuruhjaya Daerah merangkap Setiausaha Unit Pengakap Muda, Tuan Shahrul
Nizam Bin Mohd Yunos yang juga merupakan urusetia bertugas.